Jemput-Jemput Nasi Sosej
Jangan membazir, kengkadang masak nasi 2, 3 pot. Tapi time tu selera tak berapa sangat, so nasi pun tak habis. Jangan dibuang. Gunakan sedikit kreativiti anda. Ni abang nak kongsikan cara-cara nak buat jemput2 nasi.
Bahan-Bahan
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 2 batang sosej potong dadu
- 1 biji bwg besar ~ didadu (Kalau anak2 tak suka, tak payah masukkan)
- 1/2 cawan atau segengam ikan bilis yang siap dibersihkan
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 mangkuk sederhana hirisan halus kubis (boleh ganti dengan taugeh atau campuran apa2 sayur yang dirasakan sesuai) *Ni pun bebudak tak suka, boleh skip.
- Sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis & kisar sebati. Tuangkan bahan kisar ke dalam sebuah bekas mengadun.
- Masukkan tepung gandum, garam, sosej & sayur ke dalam bekas berisi bahan-bahan kisar tadi...gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan sebiji2 menggunakan sudu ke dalam minyak panas hingga garing kedua2 belah.
- Sedia dihidangkan dengan sos kegemaran.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment