Nora terkilan suami tak sokong sertai Gegar Vaganza 3


KUALA LUMPUR: Penyanyi Nora, 43, terkilan apabila suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan terhadap pembabitannya dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang memulakan saingan sejak Ahad lalu. 

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkata, Johan yakin dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah malah menganggap, segala persediaan yang dilakukannya seolah-olah akan beraksi di pentas persembahan biasa. "Saya faham, suami terlalu sibuk. 

Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3. Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204801?m=1

Comments