Sebelum PRU14 tempoh hari kita digegarkan yang Azwan Ali akan menentang abangnya di Dun Bukit Antarabangsa.
Pakat ketawalah kita semua melihat telatah tersebut. Awalnya, Diva AA lantang untuk membongkar skandal abangnya satu demi satu kemudian dia ketawa ‘ho ho’. Lalu semua orang mencebik.
Apabila beliau sampai ke Pusat Penamaan Calon, berjaya mendaftar sebagai calon, semuanya berubah.
Diva AA terus fokus ‘mari makan rendang.’ Langsung tak menyentuh peribadi abangnya, YB Azmin Ali.
Di mana-mana, beliau membuat demo masakan itu, video dirakam, gambar diambil, berpusu orang datang makan dan tapau.
Dan paling penting, bersepah orang puji masakan itu sedap dan Diva AA juga melayan orang yang datang dengan baik dan ok.
Apabila difikir semula, rupanya mamat yang ini bukan nak bertanding sangat. Beliau membuat marketing produk rendangnya.
Apabila umum bertanding - media cover percuma.
Apabila ke penamaan calon - media cover percuma.
Apabila berkempen Diva AA menang, rendang percuma - media juga cover percuma.
Dan semua yang cover cerita beliau dengan percuma itu bukan di tempat beliau sahaja. Ia senegara. 1 negara woih! Dan kalau nak guna untuk pakej iklan masuk satu negara begitu, di TV sahaja kosnya dalam RM30-50k / kurang 1 minit.
Surat khabar sahaja kosnya dalam RM5-15k ikut write up dan banyak mana helaian yang masuk.
Ini beliau dapat dengan percuma. Dan testimoni di media sosial yang orang puji-puji sedap juga percuma. Hihi. Yang beliau laburkan ialah deposit penamaan calon, buat poster sikit, pasang khemah dan masak rendang. Itu sahaja.
Hari ini cuba kita bisik-bisik berapa pesanan yang beliau terima. Entah-entah bertan-tan.
Beliau mungkin hanya dapat 90 undi. Namun dari sudut membuat pemasaran di waktu Pilihanraya nak dekat dengan puasa dan raya, beliau boleh dikatakan sebagai bijak dan ada brain.
Power Diva AA...
Comments
Post a Comment